Mengenai Firma Afandi Dahari & Associates
Firma Afandi Dahari & Associates adalah sebuah firma guaman syarie (peguam syarie) dibawah seliaan Tuan Mohamad Nor Afandi bin Dahari. Mempunyai Sijil Amalan Peguam Syarie bagi Negeri Pahang, Selangor, Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kelantan.

Kami berpengalaman dan komited dalam memberikan perkhidmatan guaman kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang dan lain0lain negeri. Kami berpegang kepada prinsip integriti, amanah dan keadilan dalam setiap kes yang dikendalikan.

Kami membantu anak guam dalam pelbagai perkara yang melibatkan undang-undang syariah seperti:
  • Perceraian, fasakh, taklik dan khulu’
  • Tuntutan harta sepencarian dan mutaah
  • Tuntutan nafkah isteri dan anak
  • Pembahagian pusaka dan faraid
  • Hibah dan wasiat
  • Pengesahan nikah luar negara
  • Permohonan poligami
  • Lain-lain berkaitan dengan Mahkamah Syariah

Kami juga berusaha menjadi saluran utama kepada masyarakat untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang syariah. Dengan pengalaman, kepakaran dan semangat membantu sesama Muslim, kami yakin setiap kes dapat dikendalikan dengan penuh amanah dan profesional.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau rundingan, sila hubungi kami melalui borang atau nombor yang disediakan.