Peguam Syarie - Perunding Keluarga Islam, Faraid, Hibah & Wasiat

Kami bantu kes-kes syariah khususnya di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Negeri Sembilan dan lain-lain negeri

*
*
DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DAN GUAMAN SYARIE DARI KAMI
Mulakan dengan nasihat yang tepat sebelum bertindak.

Perkahwinan

Permohonan wali hakim, wali enggan, kebenaran perkahwinan bawah umur, kebenaran nikah poligami, pengesahan dan pendaftaran nikah dalam dan luar negara.

Perceraian

Permohonan cerai hakam, fasakh, taklik, khulu'(tebus talaq), pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah dan lain-lain berkaitan.

Tuntutan Hak-Hak Selepas Perceraian

Tuntutan nafkah isteri, nafkah tertunggak, nafkah anak, mutaah, hadhanah (hak jagaan anak), harta sepencarian dan kes-kes di dalam bidangkuasa mahkamah syariah

Hibah & Faraid (Pusaka)

Perancangan dan pengurusan harta: penyediaan hibah serta panduan pembahagian pusaka melalui faraid bagi mengelakkan pertikaian waris

Mengenai Kami
Afandi Dahari & Associates ialah firma peguam syarie dan perunding keluarga Islam yang memberi fokus kepada penyelesaian isu kekeluargaan mengikut prinsip Syariah. Kami menyediakan khidmat guaman syarie profesional bagi urusan perceraian, tuntutan nafkah di dalam tempoh perkahwinan dan selepas perceraian serta hadhanah. Kami juga mengendalikan kes berkaitan pengurusan harta seperti harta sepencarian, hibah serta pembahagian pusaka melalui faraid. Setiap kes ditangani dengan teliti, penuh integriti, dan menjaga kerahsiaan klien. Keutamaan kami ialah membantu anda membuat keputusan yang tepat, mengurangkan konflik, dan mencapai penyelesaian yang adil serta mematuhi undang-undang Syariah.

  • Afandi Dahari & Associates (Peguam Syarie)
  • No 38B, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
*
*
*
*

Q1: Apakah maksud pernikahan luar negara?
A: Pernikahan luar negara bermaksud sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut. Kebanyakan rakyat Malaysia melangsungkan pernikahan di Thailand atas beberapa faktor tertentu.

Q2: Adakah semua pernikahan luar negara perlu didaftar di Malaysia?
A: Ya. Semua pernikahan yang dijalankan di luar negara mesti didaftarkan di mana-mana pejabat agama yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal pemohon.

Q3: Mengapa pernikahan luar negara tersebut perlu didaftarkan di Malaysia?
A: Pertama, perlu difahami oleh semua masyarakat bahawa tidak semua pernikahan di luar negara tersebut sah mengikut hukum syarak. Lebih-lebih lagi bagi pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket. Oleh itu, semua pasangan yang bernikah di luar negara mesti membuat pengesahan nikah dahulu di mahkamah syariah bagi menentukan nikah tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

Q4: Apakah yang akan berlaku setelah mahkamah mengesahkan pernikahan tersebut sah mengikut hukum syarak?
A: Setelah mahkamah mengesahkan nikah tersebut sah, maka satu perintah akan dikeluarkan oleh mahkamah dan pesangan perlu mendaftarkan nikah di pejabat agama bagi mendapatkan surat nikah Malaysia.

Q5: Apa akan berlaku sekiranya pernikahan tersebut TIDAK SAH mengikut hukum syarak?
A: Sekiranya pernikahan tersebut tidak sah, maka perkahwinan tersebut mesti difaraqkan. Setelah itu, pasangan tersebut perlu melakukan akad nikah baharu sekiranya masih mahu bersama sebagai suami isteri yang sah.

Q6 : Apakah sebab/punca pernikahan tersebut tidak sah?
A: Kebiasaannya sesebuah pernikahan tersebut tidak sah kerana tidak menggunakan wali hakim yang dilantik oleh pemerintah. Kes seperti ini selalu berlaku kepada pernikahan yang menggunakan khidmat sindiket di mana mereka menggunakan wali yang tidak bertauliah.

Q7: Apakah kesan sekiranya pasangan tidak mendaftarkan pernikahan di Malaysia?
A: Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul susulan kegagalan pasangan yang berkahwin di luar negara mendaftarkan pernikahan mereka khususnya di Selatan Thailand antaranya:
i. Tiada sebarang rekod pernikahan di mana-mana pejabat agama Islam di malaysia.
ii. Menyukarkan membuat sijil kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.
iii. Menyukarkan proses pendaftaran persekolahan anak kerana setiap pendaftaran tahun 1 perlu kepada sijil nikah ibu bapa.
iv. Menyukarkan proses sebarang tuntutan di mahkamah bersabit dengan urusan pernikahan, penceraian atau tuntutan harta kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.
v. Isteri digantung tidak bertali tetapi tidak boleh menuntut haknya di Mahkamah Syariah.
vi. Anak-anak tidak mempunyai Sijil Lahir seperti dilaporkan di media saban hari, akibatnya anak-anak tersebut terjebak dengan masalah sosial kerana lantaran tidak boleh bersekolah di sekolah aliran perdana.
Q8: Bagaimana mahu mendaftarkan pernikahan tersebut mengikut prosedur di Malaysia?
A: Prosedurnya seperti berikut (Contoh bagi pernikahan di Wilayah Songkhla, Thailand):
i. Selesai pernikahan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla di Thailand, pasangan akan menerima Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Nikah dari Majlis Agama Islam Wilayah tersebut. Surat ini kemudiannya akan dibawa ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk tujuan pengesahan bahawa nikah yang dilakukan adalah sah dan diiktiraf Malaysia. (Mendapat pengesahan Konsulat bukan bermaksud maklumat pernikahan telah diketahui oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia. Maklumat pernikahan di Thailand tidak akan direkod di Malaysia selagi tidak melakukan pendaftaran semula di Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia.)
ii. Setelah meneliti dokumen dan berpuashati, pihak Konsulat akan mengeluarkan Surat Pengesahan. Berhati-hati dengan Surat Pengesahan Konsulat Palsu kerana terdapat kes di mana pihak sindiket memalsukan surat pengesahan tersebut.
iii. Bawa semua dokumen tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah di negeri pasangan bermastautin bagi tujuan semakan dokumen dan soal selidik dijalankan. Kemudian, pejabat agama akan keluarkan surat iringan ke Mahkamah Syariah dan Bahagian Penguatkuasaan.
iv. Pemohon menghantar surat iringan ke Bahagian Penguatkuasaan untuk membuka kes perkahwinan berlawanan Akta.
v. Pemohon menghantar surat iringan ke Mahkamah Syariah di daerah berkenaan untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.
vi. Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah Daerah, pasangan hendaklah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah semula untuk proses pendaftaran nikah dan pengeluaran sijil nikah.

Walluaalam..