❓ Apa Itu Nafkah?
Nafkah adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak-anak, seperti:
- Makanan & minuman
- Tempat tinggal
- Pakaian
- Perubatan
- Perbelanjaan harian yang munasabah
❗ Bila Isteri Boleh Tuntut Nafkah?
Isteri boleh membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah apabila:
- Suami gagal memberi nafkah selama 3 bulan atau lebih
- Suami lepas tangan tanpa sebab yang sah
- Suami abaikan tanggungjawab tetapi masih tinggal bersama
- Isteri diceraikan tanpa diberikan nafkah eddah atau mutaah
⚖️ Jenis Tuntutan Nafkah Yang Boleh Dibuat
- Nafkah Semasa Perkahwinan
➤ Jika masih belum bercerai - Nafkah Eddah
➤ Selepas perceraian – wajib diberi selama tempoh eddah - Nafkah Anak
➤ Untuk anak-anak hasil perkahwinan - Nafkah Tertunggak
➤ Tuntutan jumlah tertentu yang suami gagal bayar bertahun-tahun
🧾 Dokumen Yang Diperlukan
- Kad pengenalan (salinan)
- Sijil nikah / cerai
- Bukti nafkah tidak diberi (contoh: mesej, penyata bank, saksi)
- Bil perbelanjaan atau bukti jumlah yang dituntut
📝 Prosedur Tuntutan Di Mahkamah Syariah
- Dapatkan khidmat nasihat peguam syarie
- Failkan tuntutan di Mahkamah Syariah mengikut negeri
- Panggilan kepada suami untuk hadir
- Bicara & keputusan hakim berdasarkan bukti
📞 Dapatkan Bantuan Guaman Sekarang
Proses tuntutan nafkah boleh jadi rumit tanpa bantuan yang betul. Dapatkan nasihat dari peguam syarie yang berpengalaman hari ini.
➡️ Isi Borang Hubungi Kami
➡️ Klik Untuk WhatsApp Terus